Bagi penghidap gastrik anda pastinya tidak merasa selesa di dalam perut seperti sakit perut atau cirit-birit. Ada yang mengalami gastrik yang sangat teruk sehingga terpaksa meringkuk dan berbaring. Adakah anda tahu bahawa sakit gastrik ini boleh dirawat dan dikurangkan rasa sakit tersebut? Dalam artikel ini, mari penulis kongsikan beberapa info dan tips yang bermanfaat kepada anda! PENYEBAB GASTRIK
Tahukah anda bahawa sel perut kita ada menghasilkan satu jenis asid yang dinamakan asid hidroklorik. Fungsi asid ini adalah untuk mencerna makanan yang kita makan. Manakala didalam perut kita pula, terdapat 1 sel yang menghasilkan lapisan mukosa yang menjadi pelindung daripada kesan asid tadi, iaitu asid hidroklorik. Asid ini mempunyai kesan yang agak kuat didalam perut. Pengeluaran asid hidroklorik ini hanya akan terjadi semasa kita makan dan fungsi utamanya ialah untuk mencernakan makanan yang kita makan. Jadi macam mana gastrik berlaku? Gastrik berlaku apabila berlakunya ketidakseimbangan antara kuantiti pengeluaran asid tersebut dengan kekuatan lapisan pertahan yang lemah (mukosa). Punca Gastrik : Probiotik Tahukah anda, salah satu faktor yang menyebabkan sakti gastrik ini ialah bakteria H.pylori. Untuk meneutralkan bakteria tersebut dari menganggu perut anda, amalkan memakan makanan yang mengandungi probiotik seperti supplemen probiotik, makanan tradisional Indonesia yang dikenali sebagai tempe, yogurt dan juga makanan orang Korea seperti kimchi. MAKANAN BAGI PESAKIT GASTRIK Disini penulis kongsikan beberapa tips pemakanan bagi penghidap gastrik. Dengan mengamalkan tips pemakanan ini, sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa sakit dan kurang selesa semasa gastrik menyerang. Makanan yang tinggi dengan serat Buah epal Bijirin seperti oat Sayuran seperti brokoli, lobak merah dan kekacang Makanan rendah lemak Ikan Ayam Telur putih Makanan yang kurang sifat asidnya Sayur-sayuran Buah-buahan Hindari minuman berkarbonat (bergas) Semua jenis minuman bergas (Coke, Pepsi) Minuman tanpa caffeine Segala jenis kopi Teh Air putih Jangan tinggalkan meminum air putih dengan jumlah yang cukup. 1 liter air untuk setiap 25 kilogram. Sekiranya berat anda 50 kilogram, anda perlu minum 2 liter air setiap hari. Air sangat penting kerana dengan meminum air yang cukup anda dapat membuang toksin dan mencuci darah. Jangan Makan Makanan Ini Untuk Sakit Gastrik Untuk pengetahuan anda, apa-apa makanan yang memberikan kesan kecederaan (inflamasi) pada bahagian dinding perut itu amat perlu dielakkan. Contoh makanan tersebut ialah: Makanan seperti mayonis, daging merah Minuman seperti susu dan alkohol Makanan yang diproses seperti makanan segera sangat perlu dielakkan seperti kenting goreng Makanan yang pedas Makanan yang mengandungi lelemak Amalan Pemakanan Untuk Pesakit Gastrik Pelbagaikan pengambilan nutrisi seperti vitamin dan mineral Bagi yeng menggemari kekacang dan bijirin, pastikan anda merendamnya terlebih dahulu untuk melembutkannya Makan dengan kerap dan makan dengan saiz hidangan yang kecil Jangan makan jika anda ingin tidur dalam masa dua jam lagi Jangan makan dan minum pada masa yang sama, cuba bezakan masa antara makan dan minum dalam tempoh 30 minit Kurangkan saiz hidangan dari semasa ke semasa. Hidangan kedua lebih sedikit berbanding hidangan pertama Rancang permakanan anda Ajak ahli keluarga terlibat sama dengan pemakanan yang sihat Kurangkan makanan pencuci mulut seperti ais krim Pilih daging tanpa lemak Makan secara perlahan-lahan dan tidak gelojoh Amalkan pemakanan yang sihat seperti yang terdapat dalam piramid makanan Percayalah, sekali anda pernah diserang gastrik, sakit ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih kerana dinding perut anda telah tercedera akibat asid dan bakteria penyebab gastrik. Jadi untuk mememastikan kesan daripada sakit ini dapat dikurangkan, pastikan anda mengikuti tips pemakanan bagi penghidap gastrik yang telah dikongsikan dalam artikel ini! Jangan lupa share kepada rakan-rakan ya! |
Kata PenulisMatlamat kami ialah untuk membantu masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan diri daripada masalah Gastrik,sesak nafas,angin dalam badan & Ulser, langkah-langkah pencegahan dan pilihan rawatan melalui perkongsian di Blog ini dan di facebook kami. Kategori
All
|